Welcome to Nescafe Ais Blog . . Feel free to drop your Comment babe . Be my follower okayh

03 May 2011

Alasan Tolak Cinta Bestfriend



Dari kecil berkawan dengan dia. akrab macam saudara sendiri. tiba-tiba dia luahkan perasaan cinta pada korang. korg mesti rasa serba salah nak bagi jawapan. nak cakap tak sudi, takut keclkan hati dia, tapi nak terima tak pernah ada rasa cinta dihati pada dia. ni mungkin alasan sesuai untuk menolak.


 Tidak sesuai bercinta

beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, korg mesti berterus terang padanya yang kamu tak sesuai bercinta dengannya. korg hanya anggap dia sbgai sahabat karib kamu dunia dan akhirat. jangan sampai dia rasa terhina kamu tolak cintanya. cakap dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham

 Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih

bagitahu pada dia, kalau korg jadi kekasihnya, korg tak boleh ikut khendak dan permintaannya. malah susah nak hormati dia sbgai kekasih.Ini disebabkan persahabatan yang dah lama terjalin buatkan korg dan dia takda jurang waktu berbual dan bergurau. jadi dripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik korg kekal sebagai sahabat.korg perlu yakinkan dia korg memang tidak sesuai untuknya.

 Tidak mampu berubah

Mungkin dia telah mengenali korg dan amat memahami sikap kamu.jadi korg tak perlu pura-pura berlakon untuk jaga hatinya.Tunjukkan sahaja sikap sebenar korg. Katakan pada dia korg tak mungkin boleh berubah walaupun lepas bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima korg seperti diri kamu sekarang?kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. mesti dia akan terfikir korg tidak sesuai untuk dijadikan kekasih.

 Buat tidak peduli

Korg tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya sbb time berkawan pun korg tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup korg. teruskan sikap tidak pedulu korg tu. Berkawan seperti biasa anggap saja dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba nak dapatkan jawapan dari korg sebaiknya korg cuba mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya



 Menyepikan diri seketika

Cuba elakkan diri drpd bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat korg ngan kwn2 berkumpul. pasti dia akan perasan yg korg tak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja korg pergi, terangkan padanya korg perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan boleh menanti jawapan tu

 Pentingkan persahabatan

Jelaskan padanya korg lebih sayangkan ikatan persahabatan daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pasti perlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pasti dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

 Beritahu kamu sudah ada calon lain

Nyatakan padanya yg korg dah ada calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan korg. tapi korg kena berani tanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tak dapat terima perjelasan tu. jika dia sahabat baik, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

 Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya

Sesekali bertegas dengan sahabat baik korg pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan pendirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya korg tak menipu dia atau diri sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya korg tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.


Thank for reading , drop your comment please

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...